>

Sunday, December 26, 2010

Tabahlah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang disayangi..

Sesungguhnya dunia ini hanya tempat persinggahan sementara sebelum kita menemui Yang Maha Pencipta,entah bila...bila-bila masa sahaja...
Sebenarnya,sejak akhir-akhir ini Ana sering membaca blog insan-insan yang sangat tabah mengharungi dugaan yang Allah beri.Kisah mereka banyak memberi inspirasi Ana untuk tabah melalui kehidupan ini.Mereka sangat tabah dan Ana harap agar Ana juga tabah seperti mereka.

Itu dugaan mereka dan setiap manusia ada dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh. Itu tandanya Allah menyayangi hambaNya,Dia sentiasa mengingati makhlukNya..

Membaca blog Allahyarham Dr Mas Afzal membuatkan Ana berfikir sejenak..Walaupun Ana tidaklah mengenali arwah tapi bagaikan arwah begitu dekat dengan semua insan yang membaca blognya..Arwah adalah salah seorang pejuang yang berjuang hingga ke akhirnya. Walaupun pernah belajar di luar negara,di negara yang bukan majoriti Islam tapi beliau tetap menjalankan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi ini.Mendidik,berdakwah dan menyemaikan ikatan ukhuwah Islam sesama insan. Setiap bait kata-kata di blognya memberi erti yang sangat mendalam dan semangat arwah sebagai Dr Islam perlu dijelmakan dalam semua diri bakal-bakal doktor dan juga doktor Islam. Ambillah semangat yang ditunjukkan oleh arwah.. Sungguh,Ana teruja dengan ketabahan dan kegigihannya...Al-fatihah buat beliau dan juga kepada muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kita.

Wahai insan-insan pilihan Allah,tabahlah..moga diri dapat mengecapi manisnya erti sabar dan tabah..

You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left.-Allahyarham Dr Mas Afzal Masarudin-

Saturday, October 23, 2010

ku mohon redhaMu...

Ya Rahman,tiada dayaku untuk melalui semua ini,
Ya Rahim, tiada kekuatanku untuk menerima semua ini,
Ya Latif, hanya padaMu ku berserah hidupku ini..
Sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanya keranaMu...
keranaMu...

Ya Allah,
Jangan Kau palingkan hati ini,
Setelah Kau beri hidayah,
Jangan Kau lupakan diri ini,
Setelah Kau beri ingatan
Redhakanlah kehidupanku ini...
ku mohon hanya RedhaMu
Allahurabbi...

Saturday, July 10, 2010

Email daripada Cikgu...

'slm d*ana.. ingat lg tk cikgu? mybe dh lupa kot..maklumlah dah berbelas tahun..but ingat lg tk siapa yg latih d*ana brsajak untuk pertandingan ikhtifal kebangsaan ms d*ana drjh 5 rasa2nya..it's me..cikgi r*fi*ah..remember me???still fresh in my moment..cikgu bg d*ana sepit rambut yg ada nama d*ana coz dpt naib johan..miss u my dear..'

Terkedu Ana bila membaca email baru yang masuk dalam kotak email pagi ini.... Subhanallah, Maha AgongMu yang telah menemukan kami kembali...Terima kasih cikgu kerana masih mengingati saya..rindu cikgu juga..Maaf cikgu, sepatutnya saya yang perlu mencari cikgu.

Pantas, kenangan lama bersama cikgu terus bermain di mata...walaupun sudah 15 tahun berlalu, cikgu masih mengingati saya. Masih jelas di ruang mata saya, bagaimana kesungguhan cikgu melatih saya bersajak walaupun ia hanya untuk ikhtifal kebangsaan. Tak cukup dengan latihan cikgu, cikgu hantar saya berlatih dengan seorang pendeklamator yang agak terkenal semata-mata untuk saya belajar bagaimana untuk mengekspresi dan menghayati sajak. Cikgu,terus terang saya katakan...kenangan bersama cikgu tak pernah saya lupakan.

Teringat saya sewaktu sekolah dulu, selepas habis kelas saya dan seorang kawan akan terus berjumpa cikgu untuk berlatih, kali pertama cikgu melatih saya, terdetik dalam hati adakah saya dapat melakukan yang terbaik seperti yang cikgu inginkan..hampir-hampir saya ingin menarik diri..
Tapi, cikgu sentiasa beri saya perangsang dan galakan.
Cikgu...terima kasih kerana masih lagi mengingati saya...Ya Allah,Kau rahmatilah guru-guruku yang ku sayangi ini.
.........................................................

Sebenarnya,bila Ana terima email daripada cikgu, ada pengertian di sebalik apa yang berlaku...
Bagaimana seorang yang telah lama terpisah, dengan gelaran seorang cikgu masih lagi mengingati anak muridnya yang hanya belajar bersajak daripadanya...Tidak lupa dan masih jelas apa hadiah yang diberi kepada anak muridnya...
Inikan pula Allah yang sentiasa bersama kita tiap masa dan tika...yang masih memberi kita ruang untuk menghirup udaraNya, Dia beri nikmat yang kita nikmati sekarang ini. Menunjukkan sifat rahman dan rahimNya pada kita, hambaNya. Mana mungkin Dia lupa pada kita tapi realitiNya kita yang lupa padaNya...kita yang lari dariNya...


"Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR Muslim]


Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui akan segalanya daripada kita selaku hambaNya, ingatlah segala ujian, dugaan dan cabaran Allah membuktikan bahawa kita disayangi olehNya berikutan setiap ujian akan dibalas dengan pahala yang sangat banyak apabila bersabar. Oleh itu bersabarlah kita apabila diuji.

Sentiasalah mengingatiNya, kerana pasti kita akan diingati...

Dekatilah Dia,kerana Dia tidak lari dari kita...

Bersamalah Dia, kerana dia bersama kita tiap masa dan detik..

Thursday, June 3, 2010

Epilog manusia

Bila ada ruang,berbicaralah dengan sahabat tentang perkara-perkara yang berlegar-legar di fikiran...kalaupun tidak dapat jawapan sekurang-kurangnya ia memberi jalan untuk meletakkan persoalan tersebut di tempat yang sesuai dan akhirnya dengan sendirinya akan mencetuskan penjelasan yang diinginkan........

Teringat Ana satu luahan dari seorang sahabat berkata...
"Kita ni bila mula dapat kerja, semangatnya mengalahkan atlit dalam pertandingan...dahla tu...itu nak buat, ini nak buat..tapi bila dah lama-lama..macam-macam kerenah yang kita jumpa..akhirnya kita dah selesa dengan keadaan sekarang..semangat ke, tak semangat ke...samaje........".
Sebenarnya...Ana tersentak bila mendengar kata-kata tersebut.....Terasa macam terkena ke batang hidung sendiri......erm.....entahlah..

Tapi Ana tahu, Allah sentiasa tahu apa yang kita lakukan dan ingin kita lakukan...sekuat manapun kita dalam menghadapi hidup ini..kekadang ada juga masa lemahnya, kita manusia biasa. Makin besar langkah kita untuk melihat dunia luar, maka makin besarlah dugaan, cabaran yang perlu kita hadapi...kadang-kadang dugaan tersebut yang kita tidak sangkakan sama sekali. Masa berada di alam belajar,kita hanya merasai teorinya tetapi apabila makin kita menerobos alam selepasnya...........itulah praktikalnya.

Dulu, apa yang kita dengar, lihat hanya dapat dibayangkan di fikiran.....karenah birokrasi, politik pejabat, alim-alim kucing (haha..kes-kes yang melibatkn orang yang belajar agama....biar Ana simpan sendiri conthnya,tapi mungkin sahabat pun boleh agak kan?) , dan lain-lain isu. Tapi sekarang, ia berlaku di depan mata, kita sendiri yang merasainya, kita sendiri yang kena selesaikannya.........

Apapun...itulah lumrah kehidupan.....Allah sentiasa menguji hambaNya tidak kira siapapun dia....ahli perniagaan, guru, doktor, petani, jurutera, buruh, maupun orang agama...Kuatkan semangat dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Sudah-sudahlah dengan sikap yang suka menyalahkan orang lain, tuding-menuding kesalahan, hipokrit dan kipas-mengkipas (Ana nak guna ayat ini sebab semuanya dah jadi kebiasaan terjadi kat dunia ni).

Life must go on....tapi dengan syarat...dengan cara yang betul, mengikut landasan yang betul...
Tanpa kita kenal siapa sebenarnya kita, apa tujuan kita dilahirkan, apa matlamat kita menjalani kehidupan ini sehari-hari....kita akan sentiasa merasakan kitalah paling hebat berbanding dengan orang lain, sehinggakan hilang perasaan rendah diri, tidak dapat mengakui kesalahan dan kelemahan diri dan akhirnya ego merajai diri...ini akan menjadi penyakit yang tiada ubatnya sehingga kita sedar diri...(maaf kalau agak kasar...tapi,itulah realitinya)

Ya Allah,ampunilah diri ini....

Doakan Ana istiqamah dalam jalan dakwah....sentiasa mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup ini....dan sabar dengan karenah manusiawi...

Wednesday, May 12, 2010

DO'A
Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Partai
Keadilan
Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang
diiringi oleh tetesan air mata hadirin...

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang
tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan
kedengkian


Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar

Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya
Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami
"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala
kasih"
Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu

Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu
Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan
Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-
Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya
Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri
Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan
Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran

Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Mutiara kata beliau:

dua perkara yang kita perlu selalu ingat:
1. kebaikan orang lain kepada kita
2. keburukan kita kepada orang lain

dua perkara yang kita perlu lupa:
1. kebaikan kita kepada orang lain
2. keburukan orang lain kepada kita

"Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang
"Berkilau di pandang orang"
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina"

Al-Fatihah...

Sunday, May 9, 2010

Maaf

Adakah mudah untuk melafazkan maaf ?
Adakah senang untuk diri dimaafkan?
Biarpun setinggi gunung kesalahan yang dilakukan..
Biarpun seluas lautan kesakitan yang dirasai..
Adakah ada ruang untuk memaafkan dan dimaafkan ?

Adakah dengan memaafkan akan merubah perkara yang tak sepatutnya dilakukan...
Adakah dengan dimaafkan akan membuatkan seseorang itu berasa suci setelah melakukan kesalahan...
Adakah dengan memaafkan akan menukar hati yang rasa bersalah menjadi tenang...
Adakah dengan dimaafkan akan membuatkan seseorang itu lupa pada apa yang telah dijanjikan...
Adakah dengan memaafkan akan melupakan segala masalah yang bersarang di jiwa...
Memaafkan dan Dimaafkan....

Biar apapun kesalahan yang kita lakukan
Biar apapun kesilapan yang orang lakukan kepada diri
Biar sebanyak manapun janji yang tidak ditepati
Biar sedalam manapun diri dilukai
Biar seluas manapun harapan yang diberi...

Memaafkan,dimaafkan dan saling memaafkan..
Akan menjadi terapi dalam diri

Menyelesaikan masalah tanpa dendam di sanubari
Menyatukan kembali jiwa yang saling membenci
Menghapus kesalahan yang berbekas dihati
Mewujudkan dunia yang damai dan penuh cinta Ilahi
Meredam ingatan terhadap kesalahan yang telah terjadi
Mempererat jalinan ukwah Islami
Mententeramkan diri,memekarkan senyuman kembali..

Maafkanlah diri ini....